NOTA
CABARAN TMK DALAM SISTEM PENDIDIKAN.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali
sebagai ICT (Information and Communication Technology) merupakan suatu elemen
yang penting pada era ini. Cabaran TMK semakin meningkat dari semasa ke semasa
kerana kecanggihan teknologi maklumat yang semakin canggih. Definisi TMK boleh
merupakan satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan
maklumat menggunakan perantaraan teknologi.
Apakah fungsi TMK atau ICT dalam P&P ? Elemen ini
berfungsi untuk meningkatkan kecekapan proses dalam pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat beberapa isu yang menjadikan TMK merupakan satu cabaran.
Antaranya ialah penerimaan ICT oleh masyarakat minda kelas
ketiga. Hal ini demikian kerana perubahan teknologi maklumat yang ketara
mengikut peredaran masa telah menjadikan warga pendidik belum bersedia untuk
menerima perubahan. Hal ini demikian kerana mereka selesa berada di tampuk yang
tidak mempunyai perubahan. Bagi melakukan perubahan guru perlu dibekalkan
dengan kemahiran TMK dan ICT. Sepertimana yang kita ketahui, pada abad ke-21
banyak tugasan yang diberikan kepada warga pendidik serta anak murid melalui
Vle frog dan pembelajaran melalui alam maya. Bagi mengatasi isu ini, guru perlu
dilatih dan dibekalkan dengan kemahiran ICT supaya dapat melakukan inovasi
dalam P&P.
Seterusnya, cabaran dari kekurangan peruntukkan untuk
infrastruktur. Hal ini demkian kerana kekurangan bahan P&P yang efektif.
Warga pendidik perlu mempelbagaikan kaedah mencari maklumat TMK. Seterusnya,
modul dan kandungan bahan yang kurang menarik dari segi informasi dan
penyampaian maklumat. Di samping itu, isu logistik dan maklumat yang tidak
mengikut peredaran semasa. Hal ini menyebabkan maklumat tersebut tidak relevan
dengan peredaran perubahan sistem pendidikan. Dari segi peruntukkan, kos
pembangunan perisian sangat tinggi kerana memerlukan internet, bahan untuk
mengakses dan sebagainya. Peruntukkan yang sedikit menyukarkan warga pendidik
untuk memanfaatkan kemudahan TMK dan ICT.
Cabaran seterusnya ialah ketidakselarasan maklumat antara
bahagian KPM menyebabkan kekeliruan perangkaan pendidikan. Hal ini demikian
kerana sistem pentaksiran berasaskan ICT berada di tahap yang minimum dan belum
mencapai piawaian tahap penggunaan TMK yang optimum. Di samping itu tiada
pangkalan data bersepadu bagi perkongsian maklumat. Nilai dan etika dalam
penggunaan ICT perlu menghayati etika siber, mengahargai hak harta intelek dan
meningkatkan profesionalisme. Oleh yang demikian, tahap keselamatan ketika
berada di alam siber perlu di jaga. Terdapat pelbagai ancaman dan serangan
siber yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang dikenali
sebagai penggodam. Isu yang menjadikan keselamatan adalah kerana faktor virus,
phishing, penipuan siber, malware dan cyberstalking.

Comments
Post a Comment